Friday, June 29, 2012

Kehidupan di Perantauan

Assalamualaikum w.b.t,

Dah bersawang dah blog aku nih..huhu.. penat aku nk kemas..penuh ngn sarang labah2..haha..

hari ni tiba2 rasa nak bercerita pasal kehidupan di perantauan...18 jun 2012, genaplah aku duduk 3 bulan dekat coleraine, northern ireland, UK. aku duduk sini sebab wife aku belajar kat ULSTER UNIVERSITY (coleraine branch) dalam bidang Biomedical Sciences. bende2 pasal osteoporosis la, gene la, tikus laaa...aku pn xphm sgt..dengar jela masa die membebel. hehe...

Biasanya orang yang sambung belajar kt luar negara ni akan dikaitkan dengan komuniti melayu di sekitarnya. boleh kata ramai orang malaysia yang sambung belajar di luar negara, dan boleh buat aktiviti mereka. Tp tidak bagi aku..kami hanya ada 2 org keluarga melayu sahaja di sini dengan jumlah 4 org..hohooo.... So, sapa2 yang nk sambung belajar kat sini, mehlaaaaa...bleh teman aku..haha...=)

Sebenarnya nak cerita berkaitan dengan kewangan kat sini sebab baru je kira2 akaun td dgn wife aku.. bukan apa, duit yang KPT atau universiti bagi tu mmg la cukup2 je untuk duduk hidup di perantauan. So, mana2 pegawai KPT yang baca, boleh la bawak perkara ni ke pihak atasan..hahaha...kira2 bajet aku n wife setiap bulan adalah seperti di bawah:


Rumah sewa   : £450.00
elektrik            : £  80.00
gas                   : £ 90.00
makan minum : £200.00
insuran kereta : £100.00
minyak kereta : £  80.00
internet           : £  30.00
JUMLAH      : £1030.00


ape yang KPT/ Universiti bagi adalah £1054.00 setiap bulan. jumlah itu pun biasanya berubah bergantung pada kadar tukaran mata wang dan juga service charge daripada pihak bank. kami akan dapat perbelanjaan untuk 3 bulan sekaligus. 


apa yang beza antara elektrik dan gas. Rumah kami menggunakan elektrik untuk penggunaan barang2 elektrik dan juga untuk memasak. Dapur masak yang biasa kita guna gas LPG kat malaysia tu, kat sini guna elektrik. untuk gas pulak, digunakan untuk sistem pemanasan air dan heater dalam rumah. jumlah penggunaan gas ni biasanya berubah2 bergantung pada musim. Jika musim salji, maka heater akan digunakan dengan lebih kerap berbanding musim panas. tp kt coleraine ni, musim panas die pn seminggu je..pastu hujan n sejuk balik..suhu biasa musim panas ni setiap pagi aku tgk sejak aku duduk sini ialah 10-12 degree celcius..malam akan lagi rendah la biasanya.


untuk kereta plak, kenapa aku guna kereta? sebab transport kt sini susah. korang boleh bayangkan tak aku nak kena cari makanan halal (ayam, daging) mentah sejauh 50miles= 80km. mcm dari melaka pergi bangi nak cari makanan halal. tp pergi hanya sebulan sekali. sbb tu kena ada kereta. tp xdela aku beli kereta BMW ke Mercedes ke Audi ke kannnn..keta biase je..besar kancil je..hehe...kalau kereta ok, xde masalah, maka okla perbelanjaan bulanan kami. cuba tiba2 kereta buat hal...haaaaaaaaa, kan ke naya..huk2..


apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah, janganlah korang anggap org yg cuti belajar ni boleh simpan duit. apa yang aku n wife bajet kt atas tu adalah yg biase je..buatnya ada perkara-perkara lain yang terjadi...sebagai contoh, nak balik malaysia, nak berjalan round europe, family nak datang, nak beli baju seluar baru, nak beli hadiah untuk family, kereta buat hal, gas terlebih pakai, dan macam-macam lagilaaaaa...mcm mana??? dah tentu2 guna duit simpanan kat malaysia, gaji yang jalan kat malaysia tu ingat boleh simpan ke?? hohohohohohooooo...


pesanan ringkas, bukan senang nak senang dan bukan susah jugak nak susah..=)


Wassalam.






layan keta kecilku. hehe...